Assalamualaikum dan salam sejahtera
tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan berlalu, lepas tu..hari rayalah :)
Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan.
sekarang ni, aku nak cerita pasal persiapan menyambut hari raya. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini, aku baru saja bekerja, jadi segala perbelanjaan raya adalah atas tanggungan sendiri.
Dibawah ni, aku nak list down segala persiapan raya tahun ni, untuk renungan bersama..hehehe
1. Baju raya
aku buat 2 pasang je baju kurung. (tapi rasanya tiap tahun sama ja 2 pasang). warna apa baju tu tak yah rasanya nak gtau, aku malas nak eksepelen panjang2..hehehe
2. Duit raya
Tahun ni aku bermurah hati nak bagi angpau raya kat budak2 yang datang beraya ke rumah. RM1 seorang pun ok lah kan? rezeki jugak tu..
3. Kuih raya
Kuih raya ni termasok kek, biskut, manisan-manisan dan yang sama waktu dengannya. yang ni wajib lah sebab kalau aku tak take action, pastinya mem besar dirumah mengamok sakan (mak aku yang tersayang tuuu..)
List down aku ada 3 item ja. aku rasa cukuplah tu kot..walau apapun, aku cuma nak kata, raya tu biarlah sederhana saja. tu yang lebih baik. hati tenang dan kepala tak sakit. Salam ramadhan.
In advance, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin
nak g rmh jugak la.. nak RM1.. dtg 10 kali dh RM10. hehehe
ReplyDeletejemput datang ke rumah :) org tua xda angpau raya
Delete